7 Poskad, 6 Negara & Satu Hobi Lama

Assalamualaikum...

Dia bosan. Bila dia bosan je, ada benda yang dia buat. Dan kali ni dia teringat dia dah lama tak send sesuatu. Dan dia search semula website tu...

Haha! Suspense tak. 🤣 Tak tahu kenapa tiba-tiba teringat dengan website Postcrossing. Dari zaman dulu lagi memang Kina suka send poskad dan terima poskad. Dulu pun ada terlibat dengan penpal juga. Tapi sekarang tengah busy dan tak ada masa nak tulis surat cantik-cantik. 🤣 Jadi, poskad ialah pilihan yang tepat!.

Apa benda website Postcrossing ni? Well, ianya adalah website yang dibina dengan tujuan untuk memberi laluan kepada sesiapa yang ingin menghantar dan menerima poskad dari dan ke seluruh dunia. Idea dia simple je. Korang send satu, korang terima satu. Seronok kan tiba-tiba ada poskad sampai entah dari mana. Surprise gitu~ 🎁🥳 Tapi kena sabar lah ya sayang~ haha. Sebab poskad biasa ambil masa beberapa minggu ke beberapa bulan untuk sampai. Kalau jenis tak sabar jangan join. 🤣

Kina mula join dari tahun 2015 dan aktif sehingga 2016. Lepas tu kali kedua ialah 2023. Dan sunyi lagi. Haha. Ni namanya "minat ikut masa". Sebab bila fokus, memang akan fokus betul. Bila dah tak minat, hah, tak nak tengok lagi dah!

Dan ini kiranya kali ketiga aktif. 2026 sampai? haha. Kita tengok je ya sampai bila. Ni poskad yang dihantar setelah sekian lama menyepi. (hah, ayat...)🤣

Kita mula dengan 7 poskad ke Jepun, German, Latvia, Perancis, Amerika & Rusia. Semoga selamat sampai!

Ni poskad yang Kina terima dari tahun 2015. Terima kasih sayang 😘 (Kina sebenarnya bukanlah penggemar mengumpul poskad. Tapi lebih kepada 'the act of sending postcard' itu sendiri. Bila fikir poskad ni travel jauh beribu batu... wow!)

Berapa kos nak hantar poskad? mahal tak?

Tak mahal awak~ Setiap poskad hanya perlukan setem 90sen sahaja. Tak kira hantar ke negara mana. Boleh beli dekat mana mana cawangan pejabat post terdekat. Nak lagi senang, beli online pun boleh juga 🤣 kalau korang nak window shopping nak pilih design mana yang berkenan, ha boleh terus beli dekat website Poslaju je.

(Stamps & Philately @ Poslaju)

Postcard pulak. Korang boleh beli je dekat mana-mana kedai terdekat jugak. Tapi macam Kina, Kina nak senang. So Kina beli online jugak. Kina beli dekat LOCA MADE. Design dia pun cantik-cantik. Kalau korang sendiri just nak buat koleksi pun boleh sangat. Rambang mata la! Haha.

(website LOCA MADE)

Tapikan, nak tanya sikit boleh? Beberapa tahun lepas setem dah tukar stiker kan? Kenapa Kina beli sekarang dapat setem biasa? Ke poslaju dah tukar setem biasa balik? Confused kejap kita.

Korang pulak macam mana? Apa hobi korang atau benda yang korang buat bila korang bosan?

Cer share dengan kelas kat ruangan komen sini~ 🤣🤣🤣


Alright! Jumpa korang lagi nanti!

0 comments