Assalamualaikum.
Hari ni tepat 15 tahun blog ni dilahirkan. Kalau anak ni, dah masuk tingkatan 3. 🤣 Semuanya bermula dari sebuah majalah Yezz dan seorang blogger terkenal - Irine Nadia. Memang sweet je tengok Irine ni. Memang idola masa tu. Masa dulu memang suka beli majalah ya. Yezz, Dara, Gempak, Stars, Bintang Kecil. Wow. Balik sekolah 'pau' ayah beli buku atau majalah 🤣.
Dan tiba-tiba je, eh~ terjadilah blog ni. 2010s dulu adalah zaman orang berkongsi cerita di blog. Dan kita pulak memang suka baca cerita orang. Macam wow gitu berkenalan rakan-rakan di internet. (masa tu internet sangatlah slow dan Kina masih ingat nak publish one post pun makan masa satu hari untuk diupload. Kenangan...)
✨What is the purpose of keeping a blog?✨
It's just a diary. Kemunculan blog ni masa mula-mula dulu adalah kerana Kina nak berkongsi cerita. Dan sekarang bila tengok balik memang boleh nampak Kina yang dulu macam mana dan apa yang berubah atau yang tidak berubah.
Memang nampak sangat Kina ialah peminat Kpop & Kdrama. Post pertama pun title 'Annyeonghaseyo' 🤣 Dan cara penulisan? Sungguh berbeza! Bila baca balik macam "Ouch. Who is this girl?" Haha. Embrace the cringe.
✨Apa yang terjadi sepanjang 15 tahun?✨
Of course orangnya pun mestilah dah berbeza. Tapi minat still there ya. Kpop, Kdrama, Cdrama. Jdrama? Still there but tone down. Game? Otome games & cozy games. Yes. Novel, Komik & Manga? Yes.
Dan juga ada sedikit pertambahan seperti Vtuber. Oh ya! Korang tau tak Malaysia pun ada Vtuber? Masa mula-mula kenal vtuber ni dulu Kina ingatkan Vtuber just dari luar negara, especially Jepun. Tapi rupanya Malaysia pun ada Vtuber ya. Korang boleh cek tau, mungkin korang akan berminat jugak.
Setiap vtuber ada berlainan niche dan penyampaian. Korang boleh la tengok-tengok yang mana korang minat. Support Malaysian Vtuber.
Mungkin satu hari nanti Kina boleh interview or buat satu blogpost khas untuk vtuber? Who knows. 😉 Indie vtuber Malaysia pun banyak yang kelakar ya.
Berbalik kepada apa yang terjadi sepanjang 15 tahun ni. Ianya bukan waktu yang singkat. Ada waktu rasa happy ada waktu memang down. Lumrah hidup manusia. Kalau korang perasan, blog ni ada waktu 'menghilang' dalam masa beberapa tahun.
Ya, betul. Waktu tu adalah waktu 'I quit'. Tapi Alhamdulillah, sekarang semuanya dah ok dan stabil. Kehidupan pulak macam mana? Serius cakap kalau tengok dari sudut pandangan orang, tak banyak yang berbeza. Cuma cara pemikiran sahaja yang berbeza.
So, adakah ini kelebihan atau ketidaksempurnaan? Well, kalau tak banyak berbeza tapi dalam hati dan pemikiran berbeza, bukankah itu dikira satu kemenangan? So, Kina akan anggap ianya adalah perkembangan yang positif. 🥰 Hidup ni jangan stress-stress tau. Setiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya di kemudian hari.
✨Kesimpulannya✨
Ok, so kesimpulannya. Blog ni adalah untuk berkongsi cerita tentang apa yang Kina minat. Tapi Kina pun tahu yang blogging di tahun 2011 dan tahun 2026 tak sama. Semuanya dah berubah. So, mungkin slow-slow Kina akan belajar macam mana nak lebih mengoptimumkan penggunaan blog ni bukan sahaja untuk berkongsi cerita dan minat tetapi lebih kepada sebuah blog yang boleh membantu orang lain juga.
Kalau korang ada tips & trick tentang dunia blogging, jangan segan share tips korang dengan Kina di ruangan komen tau. Terima kasih~
Okay! Stay tuned! Jumpa awak lagi nanti~
-Kinayasnain-



0 comments