Assalamualaikum.
Sebelum nak menulis cerita baru ni, Kina just nak tengok je macam mana penulisan Kina yang dulu. Dan disebabkan blog ni ada satu je cerita dari Kina iaitu "Sakura Itu Milikku". Jadi, rasa gatal tangan nak review karya sendiri. Untuk pengetahuan korang ni review setelah 15 tahun ya. 🤣 Jadi rasa macam pembaca lah ya. Bukan penulis.
(Dan yang ni tak apa nak kritik kaw kaw. haha)
✨Sinopsis✨
Sepuluh tahun lalu, Amanda Yuki diselamatkan oleh seorang budak lelaki Jepun—sebuah kenangan yang kekal terukir di hatinya walaupun tanpa nama dan janji.
Kini, sebagai pelakon antarabangsa, Yuki dipertemukan dengan Takumi Tamaki, gandingannya dalam filem Sakura Itu Milikku. Bermula dengan salah faham dan ego, hubungan mereka perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar rakan sekerja. Namun, ketika perasaan mula bersemi, Yuki dipaksa membuat pilihan paling sukar dalam hidupnya—mengorbankan cinta demi memenuhi permintaan terakhir seorang sahabat lama.
Pengorbanan itu memisahkan Yuki daripada segalanya: cinta, persahabatan, dan impian yang hampir digenggam.
Lima tahun kemudian, Yuki berdiri sebagai seorang wanita yang lebih matang—seorang ibu, penulis, dan insan yang belajar menerima bahawa tidak semua cinta ditakdirkan untuk dimiliki.
Sakura Itu Milikku ialah kisah tentang cinta yang tidak kesampaian, takdir yang kejam, dan kekuatan untuk terus hidup walaupun hati pernah hancur.
Ok, kalau baca sinopsis nampak macam best kan? Kan? Tapi apakah! Macam... Why? Bagi Kina cerita ni ok lah untuk remaja yang baru nak menulis. Tapi dia cuma ada 4 chapter dan tamat? Sekali lagi, APAKAH!
Cerita ni ada potensi untuk pergi lebih jauh. Sebaliknya penulis mengambil jalan mudah untuk menamatkannya di bab 4. Jalan cerita dan persekitaran watak utama adalah tipikal 'watak utama' novel. Cliche story tentang mengetepikan cinta demi orang terdekat?
Persoalan yang tidak terjawab: Dimanakah Takumi Tamaki? Apakah yang terjadi sepanjang 5 tahun itu?
Cerita pendek ini seperti "baru nak masuk bab best tapi, eh? Dah habis?"
❣️Akhir kata❣️
Idea cerita ni kalau dipolish lagi ada potensi untuk menjadi sebuah novel. Ada karakter yang kita tidak dapat lihat pengakhirannya. Sejauh mana cinta mereka? Atau actually, adakah cinta diantara mereka? Penulis sila teruskan dan jangan berhenti ditengah jalan ya. 😑
My Score: ⭐⭐ ☆ ☆ ☆
Ok, stop disitu. Kina tengah fikir sama ada nak teruskan menulis cerita ini semula atau biarkan sahaja menjadi kenangan. Sebab Kina sebagai pembaca pun tak puas hati 🤣
Adakah cerita ini perlu diteruskan atau hanya menjadi legasi sebagai penulisan pertama? Nanti Kina fikir dulu ya. Mungkin akan diteruskan mungkin juga tidak. Apapun, Kina enjoy roasting diri sendiri 🤣
Jumpa awak lagi nanti~
-Kinayasnain-

0 comments