2026, my 2nd vision board & what happened last year?


Assalamualaikum.

It's February! Ok, dah masuk bulan kedua di tahun 2026. Lambat sikit nak update vision board. Firstly, kenapa Kina share dengan korang tentang vision board ni? Maklumlah, vision board is kinda private things and very personal.

Well, sebabnya ialah untuk memberanikan lagi diri untuk mencapai apa yang diingini. So, tak ada lah just buat vision board dan lepas tu tinggalkan dia dalam gelap. Betul tak? Fungsi vision board adalah untuk dilihat setiap hari dan 'manifesting' apa yang dilihat.

Otak manusia adalah sesuatu yang sangat awesome. Jadi, signal positif setiap hari akan buatkan kita lebih positif juga. Mungkin ianya hanya diminda bawah sedar, tapi pasti akan ada kelainan.

Disebabkan tahun lepas adalah tahun pertama Kina seriously buat vision board, print dan tampal, Jadi tahun lepas ialah tahun bereksperimen. Sejauh mana kepentingan vision board terhadap kehidupan Kina?

‼️IMPORTANT‼️

Vision board & manifesting bukanlah sesuatu yang magically appear ya. Ianya hanyalah medium untuk melihat lebih jelas tentang matlamat, tujuan dan sasaran apa yang korang nak capai dalam tahun tu.

Jadi, lebih kurang macam plan 1 tahun.

Korang tak akan tiba-tiba jadi kaya dengan tenung vision board tu lama-lama. 🤣 Semuanya bergantung dengan kerja keras korang. (dan doa.)

Hmm... Jom tengok balik vision board Kina untuk tahun lepas sebelum kita move on ke tahun ni. Apa yang telah dicapai dan apa yang dibawa kedepan?

(vision board Kina 2025)

  • 10k savings ⏳
  • A certain fashion style (ataupun just lebih berhias sikit 🤣)✅
  • Tempat kerja yang aesthetic dan cantik.✅
  • Makeover bilik cute. ⏳
  • Bisnes berjalan lancar dan order banyak masuk. ⏳
  • Ruang tamu sedap mata memandang. ⏳
  • Finding Mr. Soulmate. ⏳
  • Kembalikan semula habit membaca buku/novel. ✅
  • Renew passport (lama tak pergi rumah saudara di Singapore) ❓
  • Love myself. ✅
  • Some -secret- youtube channel to achieve 1k subscribers. ❗
  • Makeover dapur. ✅
  • Pergi ke BTS concert! ❗

Rate: 5.5/13

Ok, tahun lepas agak kelakar. Sebenarnya untuk tahun 2025, Kina just print gambar dan tampal. Itu sahaja. Tak ada buat list dan tulis betul-betul. Tu semua tak ada. Just print dan tampal. Tamat.

Jadi, keputusan vision board jadi agak confusing. "Dia ni nak apa sebenarnya?" 🤣

Kalau korang tengok list dekat atas tu, 5.5 yang berjaya ✅, 5 still loading ⏳, 0.5 tak pasti status dia ❓, dan 2 list dropped ❗

Jom kita tengok yang berjaya satu persatu. Ni hanya untuk refleksi diri sahaja ya. Just nak kongsi dengan korang ynag mungkin nak buat vision board jugak tahun ni. ✨


A certain fashion style (& makeup).

Kalau korang nak tahu, sampai sekarang Kina masih tak ada certain style yang Kina suka. Asalkan cute dan cantik, boleh je. 🤣 So, untuk style tahun lepas, oklah. Dan juga Kina dah belajar cara gunakan makeup! Haha. Rasa macam tak percaya je kan? Eh, betulke Kina ni? Haha, betul korang, sebelum ni Kina memang tak pandai pakai makeup. 🤣 Tahun 2025 baru cuba dengan betul dan akhirnya ada rutin harian yang tetap ya.

So, it's a win.

Result: Berjaya!


Tempat kerja yang aesthetic dan cantik.

Yes! Yang ini tersangatlah puas hati. 🥰 Kina tak ada ruang besar untuk bisnes online ni tapi tetap dapat hias cantik-cantik. Btw, tak ada lah pink tapi hijau ni cantik jugak 😁 (nak tahu rahsia sebenar? Sebenarnya workspace Kina adalah di ruang tamu rumah je. Haha)

Result: Berjaya dengan sempurna!


Kembalikan semula habit membaca buku/novel.

Ini bukanlah bermaksud Kina dah tak membaca langsung. Tapi lebih kepada digital dan bukan novel. Kebelakangan ni, Kina lebih suka membaca manga/manhwa/manhua dan some Chinese Novel (English Translation). Dan semuanya ialah secara digital. Jadi, macam mana nak start balik habit beli buku ni? Kina dengar Malaysia pun dah banyak buku novel yang best. So, for the very first time after so long, Kina decide beli 2 buku ni dulu.


Dan ini ialah dari pencarian di BookTok. Cuba korang beritahu, BookTok recommendation ok ke tak? Sebab video diorang buatkan Kina nak beli dan baca. So, setakat ni baru je beli dan masih belum baca lagi. See? Sebab tu vision board kena buat so specific 🤣. Buku memang dah ada just belum baca. Haha. Tapi masih dikira berjaya lah.

Result: Agak berjaya 🤣 1/2 stars. lol.


Love myself.

Ah... yang ni semestinya untuk jangka masa panjang. It's not until bulan 10 tahun 2025 baru Kina dapat capai ni. Sebelum bulan 10? Kina adalah seorang yang sangat 'down'. Down dari dalam ya. Kat luar depan orang kita ceria je. Tapi, ada something dalam bulan 10 tu yang membuatkan Kina bangun tidur je rasa macam lain gila. Tak tau nak describe macam mana. One in a kind experience. Rasa macam indahnya dunia. Rasa macam buat apa sahaja tak ada masalah dah. Rasa macam dunia ni menyebelahi kita. Ya, itulah rasanya.

Tapi sampai sekarang memang tak boleh nak duplicate perasaan tu lagi. So, sekarang apa yang Kina buat? Kina ambil dan ingat memori tu bila-bila Kina ada masalah. "Oh, aku boleh. Aku pernah rasa macam mana diri ni disayangi oleh diri sendiri. Aku mesti boleh punya." dan "Kejap je ni. Nak menangis sekarang pun boleh. Tapi lepas tu aku akan bangkit semula."

Ianya adalah lebih kepada satu titik permulaan yang Kina akan ingat sampai bila-bila. So, sekarang kira kehidupan ni dah ada baseline. I kinda love it.

Result: 1000/10✨ One in a kind experience.


Makeover dapur.

Projek makeover yang banyak guna duit di tahun 2025 🤣 Tapi sangat berbaloi. Pergi dapur pun rasa best je. Yelah, semua dah baru kan. Macam biasa, tak sama macam inspo picture tapi lebih kepada citarasa sendiri. Dan result? Sangat memuaskan walaupun semua diy sendiri je 🤣 Dapur ala kampung ya. Kecil je. (Hmm, mungkin boleh tambah langsir nanti).

Ok! Dan untuk yang lainnya yang belum berjaya? Jangan susah hati dan rasa sedih. Kita yang buat vision board tu, so kita pun boleh tengok dan tambah balik apa yang belum tercapai.

Result: Cantik! 

‼️NEXT‼️VISION BOARD 2026.

Yay! Kalau korang masih baca sampai sini, syabas anak muda~ (insert nada Papa Zola disini🤣)

Untuk tahun ni dah lebih diupgrade sikit dan list haruslah wajib ya. Supaya vision tak jauh lari sampai planet marikh. Haha.

Tahun ni tak nak letak banyak-banyak. Sebab sedar kemampuan diri sendiri macam mana. Jadi Kina ada 7 list sahaja.


💕A LA FOLIE - To the beautiful madness of my own life.💕

  • 10k Savings (sambungan tahun lepas)
  • Fashion Style
  • Baca & review buku/novel/manga/manhwa/manhua
  • Berusaha lebih kuat untuk mempromosi bisnes Adeqyui Design
  • Makeover bilik (termasuk rak buku)
  • 1k & 3k followers on my secret Tiktok account
  • Finding Mr. Soulmate (pencarian diteruskan 🤣)
Lebih padat dan separuh dari list tahun lepas.

Harap tahun ni lebih berjaya dari tahun lepas. Dan doa pun jangan lupa. Ingatkan diri sendiri supaya tahun ni lebih balance. Work & Life balance mesti kena ada. Betul tak? 🥰

So, apa azam korang tahun ni? Jom share sikit~

Jumpa awak lagi nanti~

-Kinayasnain-

0 comments